SEJARAH SPBT SK TAMING JAYA
Unit SkimPinjaman Buku Teks (SPBT) SKTJ telah ditubuhkan pada tahun 1995. Unit ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi pinjaman buku teks kepada murid yang mempunyai ibubapa berpendapatan rendah.
Namun demikian, pada 1 Januari 2008, kerajaan telah meluluskan pinjaman buku teks kepada semua murid warganegara Malaysia tidak mengira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak di semua sekolah kerajaan.
Selepas itu, kepimpinan unit ini telah diterajui pula olen Pn. Aziah, Pn. Roslinda, Pn. Zulaini (2008-2011) dan yang terkini, unit ini telah dipimpin oleh Pn. Maznah Binti Musa iaitu bermula pada pertengahan tahun 2011.
Kini unit ini telah dinaik taraf bagi bertujuan penambahbaikan dan memberi lebih manfaat kepada seluruh warga SKTJ.
No comments:
Post a Comment